Wednesday, May 20, 2009

InsyaALlah..ada lagi..

InsyaAllah,,saya akan cuba secepat mungkin untuk uploadkan gambar2 seperti Death by Chocolate Cake, Chocolate cheesecake, almond london dan juga mazola :)
Semoga penantian diberkati :)
Salam Semuanya

Kelas Membuat Cream Puff











Sungguh berhati2 meraka berdua ni:)




Amboi,,bukan main gembira meraka berdua ni





Wah Liza,,ala2 Chef gitu :)


Ntah apalah yg mereka diskus kan tuh,mebi sbb
rupa puff tuh pelbagai agaknya kot :)


Liza:Sedang mencuba nasib Puff nya :)


Bila sebut kelas ,tentu fikir adakah saya membuka kelas untuk membuat cream puff.hehe..sebenarnyer,mereka berdua ni adalah kawan rapatttt saya.Merakalah yang suka merasai setiap kali saya mencuba resepi baru dan apa saja masakan baru saya..dan kepingan2 gamba ini sebagai kenangan meraka bersama2 saya untuk belajar membuat Cream Puff.Tapi maaflah gamba saya takder dalam tuh,,saya tukang petik camera je..Peserta kelas :Noorliana dan Liza..:)




Boleh dijadikan cerita......cream puff ni amatttt digemari oleh ahli keluarga saya sendiri. Pertama kali saya berjaya menghasilkan Cream Puff ni,apa yang saya terfikirkan ialah: boleh ke keluarga terima kuih ni,sebab biasalah kuih ni lebih dikenali di negara luar dengan gelaran Choux Pastry, namun setelah meraka rasa, alhamdulillah,,keluarga amat menggemarinya terutama sekali abah. Suka sangat, pantang setiap kali saya buat ,tentu dia akan suruh simpan dalam 10 biji untuk diberi kepada sahabat-sahabat dia, jiran-jiran.Setahu saya, abah bukanlah seorang yang mudah memuji sesuatu makanan, sepajang saya masak di rumah, masakan untuk hari raya, masakan lauk pauk untuk sekeluarga setiap hari, rumah terbuka, kek, kuih, biskut raya, abah pasti akan suruh masak lagi setiap tahun...seperti Kuah Kacang - untuk nasi impit, Almond London dan Mazola adalah sesuatu yang wajib...berulang2 kali disebutnya 'sedap'....:)..dan kali ni Cream Puff pula menjadi pilihannya...dan paling terharu,,sahabat karib dia amat gemar makan Cream Puff ni,,hingga berjaya memujuk abahku untuk membelikan Oven (macam chef2 guna tu) untuk anak nya...sbb meraka juga tahu yang saya ni amat minat dalam bidang memasak dan pastry :)
















Selamat Datang ke Blog Almasz's Bakery!!

Assalamualaikum dan Salam sejahtera....
Buat pertama kalinya ingin saya panjatkan rasa syukur ke hadrat Illahi diatas terhasilnya sebuah blog yang telah lama saya bercadang untuk menghasilkannya bagi produk-produk pastry di Almasz's Bakery ini.

Beberapa ketegori pastry seperti Kek, Cream Puff, Biskut Raya yang sering mendapat permintaan ramai ingin saya kongsi secara maya kepada semua golongan peminat pastry tidak kira dimana sahaja. Segala kategori ini bukan sahaja boleh dinikmati ketika hari-hari istimewa, ianya juga dapat dinikmati bersama-sama orang tersayang di waktu minum petang, hujung minggu atau meraikan sahabat,sanak saudara apabila menjemput mereka datang kerumah.

Semoga, seawal kewujudan ruangan ini, dapat membuatkan kita sekeluarga semakin bahagia :) dan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga, En. Azidi b. Hj A Rahman sebagai penasihat Financial, sahabat-sahabat serta peminat-peminat pastry saya yang juga turut memberi sokongan besar demi memperbesarkan lagi perniagaan ini.

Sekian Terima Kasih